Assalamuallaikum dan salam sejahtera!

MAYOlogi ialah satu siri animasi pendek AI yang menggabungkan mesej reflektif, sindiran sosial dan motivasi dengan gaya penyampaian pelik tetapi berkesan. Watak utama, MAYO (singkatan kepada Manusia Aneh Yang Ori), menyampaikan mesej-mesej tajam dan penuh makna dalam bentuk video pendek 30–60 saat, direka khas untuk platform seperti YouTube Shorts dan media sosial.

Platform: YouTube Shorts & Social Media
Peranan: Penulisan skrip, reka bentuk watak, janaan imej AI, penyuntingan video & animasi.
Fokus: Menyampaikan mesej reflektif, motivasi dan sindiran sosial melalui watak unik bernama MAYO (Manusia Aneh Yang Ori).
Ciri Khas:
– Visual gaya sinematik 3D statik dengan gerakan terpilih (motion prompts via Sora ChatGPT).
– Naratif bercampur antara humor pelik, inspirasi dan sindiran lembut.
– Semua watak dihasilkan secara konsisten menggunakan AI (ImageFX, ChatGPT Vision, Sora).
– Voice-over, musik latar, dan transisi diedit menggunakan CapCut dan Vegas Pro.
– Struktur cerita episodik dengan mesej padat setiap 30–60 saat.

Teknologi: AI

Objektif Utama:
Menggunakan pendekatan “falsafah pelik yang menyentuh” untuk menyampaikan mesej kehidupan, nilai dan kesedaran dalam bentuk ringan tapi mendalam.