Assalamuallaikum dan salam sejahtera!

Sabah Acting & Performing Art (SAPA) – Platform Kursus Seni Lakonan & Persembahan

Laman ini dibangunkan untuk SAP Academy sebagai platform pembelajaran dalam talian yang memfokuskan kepada seni lakonan dan persembahan. Ia dibina menggunakan Pakej A – Website Biasa namun diperluaskan fungsinya untuk menyokong penyampaian kursus dalam bentuk digital yang lebih interaktif.

Antara fungsi utama yang disediakan termasuk maklumat kursus yang tersusun, sistem pendaftaran pelajar, paparan testimoni bekas peserta, dan capaian pantas kepada pentadbir melalui WhatsApp. Laman ini juga diintegrasikan dengan sistem pembayaran online, memudahkan pelajar mendaftar kursus secara langsung melalui laman.

Dibina menggunakan WordPress dengan tema Eduma dan addon Thim Elementor, laman ini turut dilengkapi plugin LMS (Learning Management System) untuk pengurusan pelajar dan bahan kursus, serta plugin SEO untuk membantu peningkatan capaian di enjin carian.

Projek ini disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja, dengan harga RM2,499+, termasuk konfigurasi penuh sistem pembelajaran dan latihan penggunaan asas.