Assalamuallaikum dan salam sejahtera!

Portal Digital My Marudu

Portal ini dibangunkan di bawah Pakej C: Portal Berita & Komuniti, khas untuk menyediakan saluran berita tempatan berpusat di Kota Marudu. Ia menampilkan paparan artikel yang tersusun mengikut kategori utama seperti Isu Tempatan, Politik, Ekonomi, Sosial, Agama, Pendapat & Kajian, dan Kota Marudu. Setiap artikel diterbitkan melalui sistem CMS (Content Management System) WordPress, membolehkan editor dan penulis memuat naik kandungan dengan mudah, tanpa pengetahuan teknikal.

Reka bentuk laman disesuaikan agar mesra pengguna dan responsif di pelbagai peranti. Selain itu, setiap artikel dioptimumkan untuk perkongsian pantas ke media sosial. Penekanan utama diberikan kepada kandungan komuniti tempatan, agar portal ini benar-benar mencerminkan suara dan realiti semasa penduduk Kota Marudu.

Projek ini menggunakan WordPress dengan tema dan plugin khas untuk portal berita, dilengkapi sistem SEO, cache dan kawalan keselamatan asas. Ia disiapkan dalam masa 14 hari bekerja, dengan harga RM1,999+, termasuk konfigurasi sistem, struktur kategori, dan latihan asas penggunaan.