Website NGO – Madrasah RTMS
Laman web ini dibina khas untuk Madrasah RTMS menggunakan Pakej A: Website Biasa, dengan fokus kepada penyampaian maklumat yang jelas, kemas dan mudah diakses oleh masyarakat. Struktur laman terdiri daripada 5 halaman utama iaitu: Utama, Tentang, Aktiviti, Galeri, dan Hubungi. Ia menampilkan galeri aktiviti madrasah, gambar murid, serta info lengkap tentang pendaftaran pelajar baru. Juga disediakan butang WhatsApp terus ke admin untuk memudahkan komunikasi, dan ruangan khusus memperkenalkan pengasas serta matlamat penubuhan madrasah.
Dibangunkan menggunakan WordPress bersama tema ringan yang responsif, laman ini turut dilengkapi plugin penting untuk SEO asas, keselamatan, dan prestasi cache. Nama domain peribadi digunakan bagi menyerlahkan profesionalisme institusi.
Projek ini disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja, dengan harga pakej RM799+, termasuk elemen WordPress premium.